Wednesday 11 September 2013

Mana lagi baik... Taska, Rumah Pengasuh atau bibik?

Coretan : Wardi Fathi Othman
Gambar : Taska Insan Gemilang



Assalamualaikum.....


Baru ni Puan Masayu Ahmad- penulis ebook Jana wang dirumah.com dan pengasas kelas online Asas blog dan penulisan ada mengutarakan satu isu yang sentiasa hangat dibincangkan di kalangan ibubapa yang bekerja. Jadi, saya masukan sedikit perbincangan yang telah dibuat.

Isu:

Penderaan anak-anak di tadika/pengasuh, membuatkan ramai ibu bapa mencari alternatif lain agar nasib anak-anak kembali terjaga. Ia adalah dilema bagi ibu bapa keluar bekerja. Tidak ada pilihan lain, selain berhenti bekerja jaga sendiri, atau pilihan lain agar anak-anak tidak didera mental dan fizikal.

Isu pengasuh, bibik dan taska adalah isu sepanjang masa. untuk menghantar anak dijaga oleh orang lain memang satu isu yang berat bagi setiap ibu. Namun ada sedikit panduan buat ibu-ibu diluar sana yang ragu-ragu atau tidak tahu bagaimana untuk memilih tempat menghantar anak - samada rumah pengasuh, taska atau menggajikan bibik untuk tinggal dirumah.

Buat pengetahuan semua, saya adalah pengusaha taska dan tadika. Saya memulakan kerjaya usahawan saya dengan membuka tadika terlebih dahulu. Ini kerana saya merasakan belum bersedia untuk mengusahakan taska diatas sebab tanggungjawab dan risiko yang besar untuk mengusahakan taska. Setelah saya mengusahakan tadika selama 7 tahun, dan merasakan ilmu pengasuhan sudah ada (walaupun sudah anak sendiri seramai 5 org!) barulah saya berani mengusahakan taska.
Ya memang tidak dinafikan, risiko menghantar anak kerumah pengasuh atau taska tetap ada. Cuma saya menasihatkan semua ibubapa untuk memilih 
1. taska yang telah berdaftar dengan JKM - Jab. Kebajikan Masyarakat sahaja. Senarai taska yg berdaftar boleh di dapati didalam laman sesawang JKM sendiri.
2. sentiasa buat 'spotcheck' di taska. setiap taska ada polisi mengenai lawatan anak ditaska. tapi sesekali tidak salah jika ibubapa menjenguk anak diluar waktu dibenarkan. cuma jgnlah terlalu lama sehingga mengganggu perjalanan aktiviti di sana.
3. jalinkan hubungan baik dengan pengasuh taska, supaya senang untuk ibubapa mengetahui 'isu panas' di dalam taska.

wallahualam....


#coratcoret#mama#
#wardifathiothman#

************************************************************************************************************

Apa itu Akademi bekerja di Rumah? 
Akademi Bekerja di Rumah menyediakan 2 jenis kelas online, iaitu :-

1) Kelas asas blog penulisan - untuk belajar menulis, berkongsi pengalaman hidup, kepakaran dan kemahiran. Sesuai juga untuk yang sudah ada blog sendiri.  Membina penjenamaan diri dan blog berpengaruh yang suka dibaca pelawat.  Malah ada juga yang hanya berkongsi hobi dan minat.  Dari situ juga lama-kelamaan boleh menjana pendapatan.  Jadikan blog sebagai travelog kisah perjalanan hidup, untuk tatapan anak-anak.

2) Kelas asas blog fanpage - sesuai untuk yang mahu bisnes dan baru hendak memulakan bisnes.  Kalau tiada produk, kami sediakan produk untuk dropship.  Jika ada boleh promosi produk sendiri.

Jika berminat untuk menyertai mana kelas online diatas, boleh hubungi saya semula...

Email : wardifathi.othman@gmail.com
sms / whatsapp : 0194736020


No comments:

Post a Comment